Saturday, April 6, 2019

SEJARAH PENUBUHAN:


Madrasah Tahfiz Al-Quran Ar-Rahmaniah (MTAA) telah dibuka dan mula beroperasi pada 1hb Mei 2005 di atas kesedaran bahawa kurangnya institusi-institusi yang menyediakan program hafalan al-Quran secara sepenuh masa dan pentarbiahan untuk melahirkan jati diri golongan remaja khususnya bagi menghadapi arus kerosakan sosial yang sedang melanda umat islam di negara kita khususnya dan di seluruh dunia amnya.
Bermula dengan seorang guru dan sembilan orang murid di sebuah banglo milik Ybhg. Dato’ Hj. Abd. Rahman bin Ibrahim. Madrasah ini terletak di Prima Beruntung, Rawang, Selangor Darul Ehsan. Alhamdulillah ia terus berkembang pesat untuk melahirkan para hafiz dan hafizah.
Sehingga pada hari ini MTAA telah mempunyai seramai 48 orang pelajar lelaki dan 16 orang pelajar perempuan beserta dengan 4 orang guru. 3 buah banglo telah digunakan untuk menempatkan pelajar-pelajar yang dijadikan asrama dan kelas, 2 buah daripadanya telah diberi guna pakai secara percuma dan sebuah lagi disewakan.
MTAA telah didaftarkan di bawah JAIS bahagian pendidikan dan juga manjadi salah sebuah institusi yang bernaung dibawah Persatuan Institusi Tahfiz Swasta Negeri Selangor (PITAS).



No comments:

Post a Comment

PENGAMBILAN PELAJAR BARU SESI 2024

SYARAT   KEMASUKAN   v  Lelaki dan perempuan berumur (11 - 15 tahun) v  Lulus temuduga v  Berkemampuan membayar yuran v  Ibubapa dan anak be...